‘Mak Buka Mata, Mengucap’ – Tak Dibenarkan Melawat, Anak-Anak Menangis Video Call Ibu Sedang N4zak


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang mem1kul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi p1lu yang dilalui oleh keluarga ini apabila mereka hanya mampu melihat ibu sedang naz4k menerusi video call sahaja.

Video call ibu tengah n4zak


Baru-baru ini viral satu video yang cukup mervntun hati dengan memaparkan sebuah keluarga besar sedang menangis teresak-esak sambil memohon keampunan dari ibu tersayang yang sedang naz4k ketika itu. Difahamkan, keluarga ini terpaksa berhubung menerusi video call kerana mereka tidak dibenarkan melawat pesakit ek0ran daripada pematuhan prosedur pihak hospital. Kedengaran kesemua mereka berdoa semoga ibu mereka diampunkan Allah SWT selain sempat mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.

Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak..

Walaupun keadaan ibu tersayang sudah tenat, tetapi mereka masih memberi kata-kata semangat buat insan itu supaya dia terus kuat untuk sedarkan diri. Tetapi Allah SWT lebih menyayanginya, wanita tersebut telah pergi buat selama-lamanya dan jnazahnya juga telah diuruskan.

Tak boleh melawat di hospital


Seorang individu yang dipercayai merupakan menantu arw4h telah berkongsi kisah menyay4t hati itu di akaun media sosialnya.

Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Meninggal dunia di Hospital Shah Alam. Arwah meninggal sebab C9vid-19. Tiga minggu dalam ICU (unit rawatan rapi) sebab ses4k naf4s perlukan bantuan 0ksigen.

So, punca kena Covid adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan ‘office’ dia. Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berb0rak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat ‘swab test’ positif (C0vid-19). Bawa mak mentua pergi ‘test’ terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu meningg4l dunia. Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya.

Menurut sumber, disebabkan ahli keluarga tidak dapat melawat pesakit, doktor akan membuat panggilan video apabila tahap 0ksigen pesakit terlalu rendah.

Sedihnya..


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Facebook, Harian Metro