Shafie cadang bantuan tunai bulanan sehingga RM750 sebulan selama 12 bulan
Mantan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mencadangkan satu rancangan pemulihan ekonomi selama dua tahun yang melibatkan pemberian bantuan di dalam bentuk tunai secara 'bulanan kepada semua golongan keluarga B40.
Shafie Apdal isu pinjaman RM300 Juta AirAsia
Selain daripada itu, Shafie turut mencadangkan "pemotongan gaji menteri dan juga gaji bos syarikat GLC untuk membantu kerajaan membiayai bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Walaupun kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bantuan sehingga RM255 bilion melalui pakej ransangan ekonomi serta suntikan fiskal secara langsung sebanyak RM45 bilion tersebut adalah rendah berbanding dengan negara-negara di rantau ini seperti Filipina, Thailand dan Singapura.
Menurutnya; untuk melindungi sumber pendapatan, seharusnya ada langkah segera untuk memastikan jaringan keselamatan disediakan seperti dalam bentuk "wang tunai untuk mereka meneruskan hidup semasa wabak pandemik covid-19'.
Dalam satu kenyataan melalui media sosialnya, Shafie Apdal ada mengatakan dan mencadangkan, bantuan tunai secara bulanan sebanyak RM750 sebulan untuk 12 bulan akan datang bagi semua golongan keluarga B40 dan RM500 sebulan untuk semua isi rumah M40, termasuklah golongan seperti; ibu tunggal, warga emas dan golongan orang kurang upaya serta kehilangan tempat tinggal.
Bekas ketua menteri itu memberitahu; bahawa penerima yang berumur 18 tahun ke atas mesti berdaftar dengan (LHDN) Lembaga Hasil Dalam Negeri, PERKESO, serta KWSP.
Selain itu; Shafie turut mencadangkan agar sebanya 110 program bantuan sosial serta jaringan keselamatan sosial, yang dikendalikan oleh lebih daripada 30 agensi dan kementerian kerajaan; agar ia digabungkan dipusatkan di bawah satu kementerian iaitu; "Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk kos penjimatan dan penyelarasan yang lebih baik.
Tegasnya, "bawa bantuan untuk mencegah serta menangani wabak covid 19 harus menjadi keutamaan dengan bantuan Kementerian dan agensi yang relevan yang mempunyai sumber yang cukup'.
Pemberian tunai secara bulanan sehingga RM1,000 dalam tempoh enam bulan juga harus diberikan kepada mereka yang menganggur kerana telah diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak, yang tidak termasuk mereka yang berada dibawah, "skim insuran pekerjaan perkeso' (SIP).
Bagi membantu keluarga yang memerlukan bantuan tunai, kerajaan harus pertimbangkan kredit mikro kecemasan kepada isi rumah yang menghadapi masalah, dengan pinjaman maksimum tanpa faedah sebanyak "RM2,500 untuk keluarga serta tambahan pinjaman tanpa faedah sebanyak rm2,500 untuk membangun kembali kehidupan mereka'.
Bagi membantu mereka untuk memulakan perniagaan, Shafie cadang agar pemberian RM6,000 diberikan kepada semua pekerja yang bekerja sendiri termasuk freelancing, yang dibayar dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM500 sebulan.
Cadangan lain ialah, bagaimana untuk membiayai rancangan ya tersebut dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM115 bilion tahun depan.
Shafie juga mengatakan bahwa kerajaan harus memanfaatkan beberapa dana rizab dan melepaskan sebahagian pegangannya di dalam syarikat GLC kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan tempatan GLIC serta dana persaraan.
Entiti awam yang dimiliki oleh rakyat seperti kumpulan Wang Simpanan pekerja KWSP dan Tabung haji, akan menjadi penerima faedah utama dari kepelbagaian itu. Aset kerajaan akan dimiliki secara langsung oleh rakyat, menurutnya.
Cara lain untuk mengumpulkan wang tersebut adalah dengan, meminjam RM40 bilion pada tahun depan serta dengan mengurangkan gaji menteri dan timbalannya sebanyak 30% untuk 12 bulan akan datang, katanya.
Gaji bos GLC dan GLIC JUGA HARUS DIPOTONG, kerana, ada di antaranya dapat gaji stratosfera walaupun kerja untuk syarikat milik awam.
