Saya Tak Kcau Hidup Org Lain, Sebab Itu Saya Pelik Kenapa Hans Isaac Boleh Cakap Macam Tu – Eizlan Yusof
” Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dkwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.”
Itu kata-kata pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof melalui satu kenyataan menjelaskan dia akan mengambil tndakan sa-man ke atas Datuk Hans Isaac.
Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), memberitahu tndakan ini di ambil susulan tudvhan yang dilemparkan bekas pengerusi FINAS itu terhadapnya.
” Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.
” Kerana tudvhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan kepada Astr0AWANI ketika dihubungi.
Eizlan turut menzahirkan kekec3waan atas tudvhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS.
Ini tudvhan Hans kepada Eizlan Yusof
” Tudvhan itu telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Difahamkan Hans mengaitkan pembabitan Eizlan dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi tersebut.
” Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya.
” Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” jelasnya.
Sementara itu Eizlan yang kecewa dengan dakwaan palsu tersebut turut menjelaskan tudvhan itu secara tidak langsung mencalarkan nama baik dan reputasinya.
Malah dalam waktu yang sama, kenyataan palsu yang tular ini turut menganggu fokusnya.
Pada masa yang sama menurut Eizlan dia turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak sehingga menjejaskan karier dan perniagaan yang diusahakan.
” Tudvhan tersebut dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.
” Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” ujarnya.
Menurutnya, dia telah melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tndakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan.
Katanya, tndakan undng-undng terhadap Hans sedang berjalan.
Sementara itu, Hans yang dihubungi oleh Astr0AWANI berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini (semalam).
Berdasarkan semakan, belum ada apa-apa kenyataan dari pihak Hans Isaac samada menerusi media atau akaun laman sosial peribadinya.
Ada apa dengan Eizlan dan Hans?
Berdasarkan semakan, Eizlan Yusof pernah berlakon sekitar 32 filem, sementara Hans Isaac pula pernah bintangi 25 filem sepanjang karier mereka dalam bidang seni.
Masing-masing kini berusia 49 tahun, Eizlan lahir pada 14 Julai 1971, sementara Hans pula lahir pada 20 Ogos 1971.
Mereka adalah hero filem dan drama pada zaman mereka dek kerana wajah yang tampan dan pernah menjadi pujaan setiap gadis sekitar tahun 90an dan 2000an.
Namun apa yang menarik adalah, melalui semakan, Eizlan dan Hans tidak pernah bergandingan bersama dalam apa-apa filem atau drama.
Kemudian tiba-tiba pula timbul isu sa-man ini… Adakah suratan atau kebetulan? Mungkin kebetulan saja..