Gag4l Jawab Soalan Matematik, Pelajar Perempuan M4ut Didend4 Cikgu
Sekolah merupakan tempat seseorang itu menimba ilmu dan belajar melalui proses pengaj4ran dan pembelajaran. Seorang guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang akan memb4kar dirinya demi membantu anak muridnya untuk berjaya.
Namun, ini kisah yang berlaku di Sichuan, China, apabila seorang guru subjek matematik bert1ndak mendend4 pelajarnya secara melamp4u kerana salah menjawab 2 soalan.
Sempat beli bunga
Foto: Oriental Daily
Sebelum kejadian berlaku, pelajar tersebut Ning Ning yang berusia 10 tahun, sempat membeli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya iaitu Wang bagi meraikan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 10 September di China.
Namun, ketika berada dalam kelas matematik Ning Ning telah membuat 2 kes1lapan ketika menyelesaikan soalan matematik. Guru tersebut Wang, bert1ndak menyuruh Ning Ning berdiri di atas podium, menarik telinganya, memvkul kepal4nya dan menamp4r tangannya.
Tidak mampu angk4t kep4la
Foto: Oriental Daily
Menurut saudara kembarnya Qian Qian, yang turut berada di dalam kelas yang sama, adiknya tidak mampu mengangkat kepala selepas didend4 oleh gurunya.
Pada pukul 11 pagi, guru tersebut bertindak untuk menelefon nenek Ning Ning, dan meminta supaya Ning Ning dibawa pulang untuk berehat. Menurut neneknya, Yang Yuqing, semasa dia berjumpa dengan cucunya, Ning Ning sudah tidak mampu bercakap dan membuka kedua matanya.
Namun setelah tibanya di hospital nyawa Ning Ning tidak berjaya diselamatkan walaupun sudah menjalankan beberapa prosedur bagi menyelamatkan ny4wanya. Menurut Yang Yuqing, Ning Ning pernah mengadu takvt untuk memasuki kelas matematik tersebut kerana sikap gurunya yang suka memvkul dan mendend4 orang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Oriental Daily