Subahanallah, Ciptaan Allah Sangat Menakjubkan. 12 Tempat Hebat Di Bumi Yang Menyerupai Landskap Daratan Yang Menakjubkan

Alam semula jadi telah mencipta suatu pemandangan yang bagaikan karya agung sehingga nampak sungguh luar biasa seolah-olah berada di planet asing. Lihat dua belas gambar luar biasa dan menakjubkan di seluruh dunia yang membuatkan anda berasa seperti anda sedang berada di planet lain.
1. EMPANGAN NEW CROTON
15 Air Terjun Menakjubkan di New York / Petunjuk perjalanan ...Empangan ini hanya terletak kira-kira 22 batu dari New York, namun hanya sedikit yang pernah melihat keajaiban pemandangan empangan ini dengan air yang mengalir turun dari tebingnya yang kelihatan seperti kabus. Ia dibuka pada tahun 1906 dan merupakan bekalan air utama New York.
2. GEISER FLY, NEVADA
Nevada's Fly Geyser | Fly Ranch Geyser | Reno TahoeDengan keindahan warna pelanginya yang menawan, geiser yang indah ini tampak tidak ubah seperti prop filem fiksyen. Ianya tidak pernah disentuh melainkan untuk kerja-kerja menggerudi dan memasukkan pam air.
3. SUNGAI LIMA WARNA, COLOMBIA
Aneh Tapi Nyata, Kolombia Punya Sungai Lima Warna
Sungai ini juga digelar Pelangi Cecair kerana warna-warnanya yang cantik dan terang. Warna merah, hijau, biru, kuning dan juga hitam dihasilkan oleh spesis tumbuhan unik yang tumbuh di kedua-dua belah sungai.
4. PAMUKKALE, TURKI
Fakta Unik Pamukkale, Kolam Air Panas di Turki yang Disebut Mirip ...
Terletak di bahagian tengah Turki, tempat ajaib ini adalah destinasi pelancongan yang paling popular di negara ini. Kolam Pamukkale ini merupakan kolam teres yang menakjubkan serta sangat dikenali sebagai kolam terma terapeutik. Walau bagaimanapun, kerajaan Turki kini sedang berusaha keras bagi menyelamatkan keajaiban alam semula jadi ini disebabkan oleh kemasukan pelancong yang berlebihan.
5. BEACHY HEAD CHALK CLIFF, ENGLAND
Beachy Head - WikipediaTebing batu kapur semula jadi yang sangat indah ini dikenali kerana bentuk dan pemandangannya yang seolah-olah terapung di awan. Ia merupakan salah satu tempat paling terkenal di England untuk jurugambar dan pelancong.
6. LAKE SØRVÁGSVATN, PULAU FAROE, DENMARK
Lake Sørvágsvatn – Faroe Islands - Atlas Obscura
Tasik gunung berapi yang menakjubkan ini terletak di atas permukaan laut, tasik Sørvágsvatn tercipta disebabkan oleh pembentukan geologi yang unik dan kelihatan pulau itu seolah-olah seperti tempat yang digambarkan dalam kisah-kisah dongeng.
7. AIR TERJUN DASAR LAUT, LE MORNE BRABANT, MAURITIUS
Air Terjun Bawah Laut Le Morne, Sebuah Ilusi Optik yang Indah ...Pelancong di Mauritius selalunya akan menyewa helikopter bagi menyaksikan air terjun yang sangat menakjubkan ini di pantai pulau itu. Arus yang mengalir ke dalam jurang yang sangat dalam mencipta ilusi ajaib air yang mengalir ke kedalaman.
8. GUA AIS BERDEKATAN GUNUNG BERAPI MUTNOVSKY, RUSIA
BLOG REMAJA MASJID ABU BAKAR: Aneh Tapi Nyata, Ada Gua Ajaib dari ...Gabungan ais beku dan asas gunung berapi hangat telah mencipta satu lapisan menakjubkan yang menyerupai gelombang lautan. Berubah kepada warna biru permata ketika cahaya matahari memancar pada ais, gua ini sememangnya kelihatan seperti landskap dunia makhluk asing.
9. GUNUNG BERAPI DALLOL, ETIOPIA
Spektakuler! Danakil Depression Ternyata Memiliki KehidupanLekukan Danakil adalah hasil daripada pembentukan Gunung Berapi Dallol berjuta-juta tahun lalu. Kandungan sulfur dan andesit yang terlalu banyak di dalam tanah telah mencipta landskap yang berwarna-warni dan berbau.
10. TASIK HILLIER, AUSTRALIA
Terkuak, Misteri Danau Pink di Australia - Global Liputan6.comAustralia terkenal kerana landskapnya yang menarik dan hidupan liar yang mengagumkan. Salah satu bentuk muka bumi semula jadinya yang paling menarik ialah Tasik Hillier. Pada 2016, para saintis telah menemui sebuah tasik yang mempunyai warna merah jambu yang luar biasa. Tasik ini juga sangat masin dan merupakan tempat yang dilindungi.
11. SUNGAI POKOK, ICELAND
Sungai Pokok, IcelandIceland terkenal kerana terdapat banyak kehebatan alam semula jadinya. Sungai pokok menyerupai cabang dan ranting pokok gergasi yang mengalir ke laut. Rupa bentuk ini disebabkan oleh sejenis tanah liat khas yang bertukar menjadi coklat dan likat apabila larut ke dalam air. Kerana air lebih berat daripada air laut, ia membentuk anak-anak sungai yang menakjubkan menyerupai pokok.
12. REFLECTION CANYON, UTAH, USA
Unusual natural background. Reflection Canyon on Lake Powell, Utah ...Utah menawarkan beberapa pemandangan paling menakjubkan di dunia. Reflection Canyon merupakan sebutir permata. Di sepanjang 15.7 batu, ia adalah landskap yang cantik dengan pemandangan yang berwarna-warni, ngarai ini cantik terukir dengan imejnya terpantul dalam air yang bersih. Ia juga mempunyai salah satu laluan pelancongan yang paling berb4haya di negara ini. Tidak ada jalan raya, jadi akses hanya dengan bot atau helikopter.
Sumber:bloginfo4uall