KPD Sg Buloh sifatkan dakwaan kedai judi fitnah, sekali lelaki ini tampil dedah satu persatu

Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.
Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.
“Ini kerana maklumat yang diberikan dalam video berkenaan tidak tepat sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.
“Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan enam serbuan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.
“Lima daripadanya kosong, manakala satu premis masih beroperasi,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas empat tablet jenama jumper; satu tablet kawalan utama jenama jumper; satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM114.
Polis melakukan serbuan ke atas sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian.
“Lima premis di tempat berlainan didapati dalam keadaan berkunci dan polis terpaksa menggunakan pemotong besi dan kuku kambing untuk membuka pintu premis. Pemeriksaan dalam premis itu didapati tidak beroperasi.
“Semua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sepanjang tahun ini, Shafa’aton berkata, IPD Sungai Buloh melakukan sembilan serbuan dengan kejayaan tujuh tangkapan ke atas penjaga premis perjudian; lapan tangkapan pemain; lima rampasan komputer riba dan 23 rampasan tablet dengan jumlah wang tunai sebanyak RM546.
Beliau mempersoal motif individu yang menularkan video berkenaan dengan mendakwa nyawanya terancam kerana membuat pendedahan itu.
“Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya,” katanya.
Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.
Selain itu dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.
Dua video dengan tempoh 13.28 saat dan 8.29 saat itu ditonton oleh jutaan orang.

Penduduk Tampil Ceritakan Perkara Sebenar

Seorang pemilik akaun facebook bernama Azlan Zambry yang mendakwa sebagai penduduk disitu tampil mengesahkan memang wujud kedai judi di kawasan tersebut
“Video yang tular di Sungai Buloh adalah kawasan rumah dan saya tempat membesar.Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rokok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik!Saya tidak berniat mengganggu siasatan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai judi yang wujud, malah saya pernah menyaksikan insiden rompakan dan tetakan yang berkaitan dengan kedai judi tersebut.”
Baru sahaja tiga jam status di muat naik oleh Azlan Zambry, sudah 426 perkongsian oleh netizan dan telah mendapat sehingga 565 reaksi dari orang ramai

Tindakan kerana tak endah teguran

Dalam perkembangan lain Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan pihaknya menyita barangan perniagaan seorang peniaga burger di Sungai Buloh selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan.
Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan, berkata dalam tempoh dua bulan, pihak MBSA sudah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga sama selepas teguran dan nasihat tidak diambil peduli.
“Tindakan sitaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukkan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan),” katanya.
“Tindakan diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai berniaga sehingga menimbulkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.
“Sebelum ini, MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun teguran itu tidak diendahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas video yang tular yang mengkritik MBSA kerana mengambil tindakan penyitaan terhadap barangan seorang peniaga burger oleh penguat kuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh.
Beliau berkata, peniaga itu juga didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan (melebihi jam 12 tengah malam).
Katanya, dalam operasi sama, MBSA turut melakukan tindakan penyitaan ke atas satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan serta sebuah premis yang menjual barangan minuman dan rokok.
Mohd Rashidi berkata, berkaitan dengan dakwaan kewujudan premis perjudian, pihak MBSA akan bekerjasama dan membantu polis dalam siasatan.
Katanya, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu benar.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat itu antara lain mengkritik pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap kewujudan pusat judi tanpa lesen dan perniagaan warga asing.
Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan. – Foto Roslin Mat Tahir

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

Sebelum ini Polis akan memanggil seorang pemilik gerai burger bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Individu berkenaan telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.